STRIKE'11





Program QS-Bina Strike 2011 (Strike’11) ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan pada 3 April 2011 bertempat di Daiman Bowl Jalan Tebrau, Johor. Program ini telah diketuai oleh pengarah program saudari Nur Anassia Aiza Binti Saharudin dan dibantu oleh timbalan pengarah Debbie Mezilyn Clarance Botiti dengan pemantauan penasihat persatuan En. Zuhaili bin Mohamad Ramly. Perancangan dan perbincangan telah bermula 21 Mac 2011. Manakala pelaksanaan gerak kerja telah bermula seminggu sebelum program tersebut berlangsung.

Pada jam 9.00 pagi, 3 April 2011 semua peserta dikehendaki berkumpul di tapak meletak kereta Fakulti Alam Bina ( FAB ) untuk menaiki bas. Tepat jam 9.15 pagi, bas telah bertolak ke tempat program iaitu Daiman Bowl di Jalan Tebrau, Johor. Perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa selama 25 minit. Apabila semua peserta telah tiba, pengarah program pula memulakan taklimat ringkas mengenai perlawanan boling yang akan dijalankan. Permainan boling bermula  pada pukul 10.15 pagi, sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada lima orang satu kumpulan. Semua peserta diberi masa selama dua jam untuk bermain sebanyak dua pusingan permainan boling. Tepat jam 12.00 tengahari perlawanan boling tamat.






Seterusnya, acara penyampaian hadiah dimulakan kepada para pemenang dari tempat pertama hingga tempat kelima. Hadiah berbentuk medal dan hamper telah diberikan kepada para pemenang dari tempat pertama hingga tempat ketiga manakala tempat keempat dan kelima hadiah berbentuk hamper diberikan. Terdapat juga hadiah misteri diberikan kepada kumpulan yang bertuah.

Jamuan makan tengahari diberikan kepada semua peserta setelah acara penyampaian hadiah tamat. Para peserta diberi masa untuk bergambar sebelum pulang ke Universiti Teknologi Malaysia. Bas tiba pada jam 2.00 petang, dan para pelajar bertolak pulang ke UTM.


0 comments:

ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA