History

SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN MAHASISWA UKUR BAHAN DAN PEMBINAAN (QS-BINA)


Persatuan QS-Bina merupakan antara salah satu organisasi  akademik yang terdapat di Universiti Teknologi Malaysia.  Ianya merupakan persatuan yang ditubuhkan bagi mewakili   pelajar-pelajar  Ukur Bahan dan Pembinaan.  


Dengan tertubuhnya persatuan ini maka ianya dapatlah dijadikan sebagai satu saluran kepada wadah utama bagi para pelajar Ukur Bahan dan Bangunan(kini Pembinaan) menyumbangkan khidmat dan bakti mereka di sepanjang pengajian di samping menunaikan tanggungjawab  utama mereka  iaitu menimba ilmu. Kesemua pelajar Ukur Bahan dan Bangunan di Fakulti Alam Bina ini adalah secara langsung menjadi ahli persatuan ini.
Bilik gerakan Persatuan QS-Bina ini pada mulanya beroperasi di Fakulti Alam Bina iaitu di B09-103, Walaubagaimanapun, ianya telah dipindahkan ke Bangunan Persatuan Pelajar (Student Union Building), Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor Bahru, Johor untuk melicinkan urusan-urusan persatuan khususnya yang melibatkan pihak luar dan pihak pengurusan universiti.
Sebagai memudahkan dan melancarkan perjalanan aktiviti, Persatuan QS-Bina ini telah dibahagikan kepada beberapa biro iaitu Biro Penerbitan, Biro Akademik, Biro Sukan, Biro Kebajikan, Biro Ekonomi dan Biro Siswi. Biro Kerohanian pula telah diwujudkan pada penghujung tahun 1998 dan beroperasi secara rasminya pada bulan Disember seiring dengan bulan kebesaran Islam iaitu bulan Ramadhan. Biro ini ditubuhkan di atas objektif menerapkan nilai-nilai murni para pelajar khususnya bagi pelajar Ukur Bahan dan Bangunan dalam konteks untuk melahirkan siswazah yang berkualiti dan seimbang dari segenap aspek.
 


ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA