Assalammualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Qs-bina . alhamdulillah Qs-bina telah menjalankan dua buah program berbentuk riadah dengan jayanya iaitu program STRIKE'11 dan juga KING OF FUTBOL SALA yang mana kedua - duanya telah mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi UTM terutama sekali ahli persatuan Qs-bina sendiri .
Dengan ini , berakhir sudah perancangan program Qs-bina bagi semester 2 sesi 2010/2011 . alhamdulillah . bagi penutupan program pada semester ini , Qs-bina mengadakan sebuah program berbentuk kerohanian iaitu SOLAT HAJAT 2011 bersempena kita akan menghadapi peperiksaan akhir semester yang mana bakal berlangsung tidak lama lagi .
SOLAT HAJAT 2011 akan diadakan di Galeri Alam Bina pada 14 April 2011 (khamis) bermula jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam . bacaan yassin serta ceramah juga akan turut dimuatkan di dalam pengisian SOLAT HAJAT 2011 ini . jamuan ringan akan disediakan . marilah kita bersama - sama meramaikan lagi saf kita . disamping beramal ibadat , kita rapatkan ukhuwah sesama kita . Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”
sekian, Assalammualaikum . .


0 comments:
Post a Comment