AKRAB '11 : First Year Experience

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, persatuan QS-Bina dapat menganjurkan satu lagi program tahunan pada tahun ini. Program yg dikenali sebagai "AKRAB'11" merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan oleh persatuan ini. AKRAB '11 ialah satu program pengenalan kepada mahasiswa tahun 1 yang baru sahaja menjejak kaki ke alam Universiti dibawah kursus Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa tahun 1, 2 dan tahun 3. Ini bagi memastikan mahasiswa dibawah kursus Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan seling mengenali antara satu sama lain. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan mahasiswa tahun 1 mengenai alam Universiti. Sebagai contoh, perkongsian pengalaman mahasiswa tahun 2 & 3, boleh membuka mata mahasiswa tahun 1 tentang gaya hidup ketika berada di Universiti. Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membimbing mahasiswa tahun 1 dalam bidang akademik. Cara pembelajaran di Universtiti adalah jauh berbeza dari pembelajaran di sekolah mahupun di Matrikulasi. Fasilitator yang dilantik oleh pihat atasan Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan boleh membantu mahasiswa tahun 1 dalam mengetahui cara pembelajaran yang berkesan. 
Dianggarkan seramai 47 ahli jawatankuasa termasuk fasilitator yang akan terlibat dalam program ini. Berikut merupakan butiran program :-
  • Tempat : Kem Kaizen, Gelang Patah, Johor
  • Tarikh : 16-18hb September 2011
  • Anjuran : Persatuan Qs-Bina & Hema, Utm

Kem Kaizen dipilih sebagai tempat perlaksaan program kerana menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap untuk menjalankan setiap aktiviti yang akan diadakan semasa program dijalankan. Pelbagai Aktiviti telah dirancang dengan teliti bermula dari sesi 2010/2011 dan segala persiapan dijalankan secara berperingkat . Pengisian bagi setiap aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan objektif program iaitu :



a)    Mewujudkan hubungan sillaturrahim antara pelajar baru dan pelajar kanan serta pensyarah dan staf Fakulti Alam Bina.
b)    Memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar mengenai aspek pengurusan akademik serta kaedah-kaedah yang sesuai di dalam usaha meningkatkan tahap keputusan akademik pelajar tahun satu.
c)    Memberi pemahaman dan pengetahuan kepada pelajar baru mengenai kemahiran generik dan insaniah yang ingin diterapkan kepada setiap pelajar baru.

Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kem Kaizen, penat lelah, suka dan duka telah ditempuhi bersama. Semua ahli jawatankuasa program bersama-sama fasilitator-fasilitator telah bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik sekali. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan staf FAB yang sanggup hadir bagi menjayakan program ini . Semua aktiviti berlangsung dengan baik walaupun kadangkala terdapat halangan yang membataskan pergerakan aktiviti, tetapi segalanya berjalan dengan lancar.
Sedikit slot bagi kenangan bersama di sepanjang perjalanan program AKRAB '11. 

LDK 1 - Let Me Know @Dewan Merdeka KRP



Hari Pertama Kem Kaizen


Membina Jati diri dan ketahanan diri - Slot Provok . =(
KEMBARA ! menjelajah ke hutan .

menguji semangat berpasukan . apa yang penting ! KERJASAMA !

Enjoy the day ! bedak sejuk !

Habis basah kuyup semua . but it is really fun !

Gambate . gambate . go AKRAB ! gambate . gambate . go QS-Bina ! - HAKKA QS-BINA




Fasilitator & semua peserta enjoy !

AJK & Fasilitator juga turut sama 

Hangman !


AJK & Fasilitator AKRAB '11


AJK yang kepenatan 

KAMI ANAK QS-BINA !

Diharapkan apa yang telah dilalui selama 3 hari 2 malam ini akan sentiasa terpahat di ingatan peserta yang menyertai. Semoga sukses dalam pelajaran kalian. Tidak terlambat untuk kami dari pihak Qs-Bina mengucapkan SELAMAT DATANG ke UTM kepada pelajar tahun satu Ukur Bahan dan Sains Pembinaan. Jutaan terima kasih dari pihak kami kerana memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga perisian aktiviti kami memberi sedikit motivasi kepada adik-adik junior dalam mengharungi cabaran sebagai mahasiswa. Bukan hanya sekadar seorang mahasiswa, malahan juga seorang pemimpin. Salam sayang dari kami warga Exco Qs-Bina. Yang baik itu datangnya dari Allah . Yang buruk itu datangnya dari kami. Ampun dan maaf dipinta sekiranya selama program berlangsung kami ada mengasari adik-adik yang kami sayangi. 

p/s : lepas nie jangan lupa join kami lagi yea ! Gambate . gambate . go AKRAB ! gambate . gambate . go QS-Bina ! Assalammualaikum.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

SOLAT HAJAT 2011


Assalammualaikum w.b.t , salam sejahtera dan salam 1 Qs-bina . alhamdulillah Qs-bina telah menjalankan dua buah program berbentuk riadah dengan jayanya iaitu program STRIKE'11 dan juga KING OF FUTBOL SALA yang mana kedua - duanya telah mendapat penyertaan yang memberansangkan daripada mahasiswa dan mahasiswi UTM terutama sekali ahli persatuan Qs-bina sendiri . 

Dengan ini , berakhir sudah perancangan program Qs-bina bagi semester 2 sesi 2010/2011 . alhamdulillah . bagi penutupan program pada semester ini , Qs-bina mengadakan sebuah program berbentuk kerohanian iaitu SOLAT HAJAT 2011 bersempena kita akan menghadapi peperiksaan akhir semester yang mana bakal berlangsung tidak lama lagi .  



SOLAT HAJAT 2011 akan diadakan di Galeri Alam Bina pada 14 April 2011 (khamis) bermula jam 7.00 malam sehingga 10.00 malam . bacaan yassin serta ceramah juga akan turut dimuatkan di dalam pengisian SOLAT HAJAT 2011 ini . jamuan ringan akan disediakan . marilah kita bersama - sama meramaikan lagi saf kita . disamping beramal ibadat , kita rapatkan ukhuwah sesama kita . Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Perumpamaan orang mukmin dalam kasih sayang, ramah mesra dan hubungan baik mereka adalah seperti satu jasad, apabila satu anggota padanya sakit akan menyebabkan semua anggota berjaga malam menahan sakit.”

sekian, Assalammualaikum . . 

STRIKE'11





Program QS-Bina Strike 2011 (Strike’11) ini telah dianjurkan oleh Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan pada 3 April 2011 bertempat di Daiman Bowl Jalan Tebrau, Johor. Program ini telah diketuai oleh pengarah program saudari Nur Anassia Aiza Binti Saharudin dan dibantu oleh timbalan pengarah Debbie Mezilyn Clarance Botiti dengan pemantauan penasihat persatuan En. Zuhaili bin Mohamad Ramly. Perancangan dan perbincangan telah bermula 21 Mac 2011. Manakala pelaksanaan gerak kerja telah bermula seminggu sebelum program tersebut berlangsung.

Pada jam 9.00 pagi, 3 April 2011 semua peserta dikehendaki berkumpul di tapak meletak kereta Fakulti Alam Bina ( FAB ) untuk menaiki bas. Tepat jam 9.15 pagi, bas telah bertolak ke tempat program iaitu Daiman Bowl di Jalan Tebrau, Johor. Perjalanan ke tempat tersebut mengambil masa selama 25 minit. Apabila semua peserta telah tiba, pengarah program pula memulakan taklimat ringkas mengenai perlawanan boling yang akan dijalankan. Permainan boling bermula  pada pukul 10.15 pagi, sebanyak 15 kumpulan yang terdiri daripada lima orang satu kumpulan. Semua peserta diberi masa selama dua jam untuk bermain sebanyak dua pusingan permainan boling. Tepat jam 12.00 tengahari perlawanan boling tamat.






Seterusnya, acara penyampaian hadiah dimulakan kepada para pemenang dari tempat pertama hingga tempat kelima. Hadiah berbentuk medal dan hamper telah diberikan kepada para pemenang dari tempat pertama hingga tempat ketiga manakala tempat keempat dan kelima hadiah berbentuk hamper diberikan. Terdapat juga hadiah misteri diberikan kepada kumpulan yang bertuah.

Jamuan makan tengahari diberikan kepada semua peserta setelah acara penyampaian hadiah tamat. Para peserta diberi masa untuk bergambar sebelum pulang ke Universiti Teknologi Malaysia. Bas tiba pada jam 2.00 petang, dan para pelajar bertolak pulang ke UTM.


KING OF FUTBOL SALA'11

ASSALAMMUALAIKUM WBT/SALAM SEJAHTERA

alhamdulillah . program kami STRIKE'11 telah selamat berlansung dengan jayanya . sebuah lagi program bakal dijalankan oleh Qs-Bina iaitu KING OF FUTBOL SALA . program bakal berlangsung pada 9 April 2010 bertempat di gelanggang futsal K11, UTM . kepada sesiapa yang berminat , sila kemukakan penyertaan anda kepada pengarah program KING OF FUTBOL SALA : RAZI (0178387473) . bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 50 untuk satu pasukan . penyertaan hanya dibuka kepada pasukan lelaki sahaja . hadiah yang ditawarkan adalah lumayan ! 


1st winner : 
wang tunai RM 300
penginapan 2 hari 1 malam di TUNE HOTEL, JOHOR BAHRU
berserta medal 

2nd winner :
wang tunai RM 200
berserta medal 

3rd winner :
wang tunai RM 100
berserta medal 



hadiah lumayan ! yuran penyertaan berpatutan . apa lagi? jom memeriahkan lagi KING OF FUTBOL SALA ! majulah sukan untuk negara !



RICS-ISM 3rd International Surveying Conference for Undergraduates 2011

Pencapaian cemerlang UTM dalam RICS-ISM 3rd International Surveying Conference for Undergraduates 2011

34 orang mahasiswa Sarjana Muda Ukur Bahan dan Sarjana Muda Sains Pembinaan, UTM telah menyertai persidangan tahunan yang dianjurkan bersama oleh The Royal Institution of Chartered Surveyors (RICS,UK) dan Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) yang dikelolakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) pada 18-19 Mac 2011.
RICS merupakan sebuah organisasi terulung di dunia bagi profesion juruukur dalam bidang hartanah, pembinaan dan lain-lain bidang berkaitan. RICS telah mengakreditasi lebih 500 program ukur di seluruh dunia. ISM pula merupakan sebuah pertubuhan kebangsaan yang memayungi 4 bidang ukur utama iaitu Ukur Bahan, Ukur Bangunan, Ukur Tanah & Geomatik dan Penilaian Hartanah.
Dengan tema “Surveyors of the Future: The Challanges of Change”, persidangan ini bermatlamat untuk memperkukuhkan jaringan di kalangan pelajar di kepulauan Asia dan menjadi platform yang penting bagi mahasiswa untuk berinteraksi dan bertukar hasil penyelidikan dan pengalaman mereka. Universiti yang terlibat terdiri daripada USM, UTM, UM, UiTM, UTAR (Kampus KL), UTR (Kampus Kampar), Universiti Kolej Taylor, Hong Kong Polytechnic University (Hong Kong), Chongqing University (China), Huazhong University of Science and Technology (China), Assumption University of Thailand (Thailand) and Thammasat University (Thailand). 18 kertas kerja telah dibentangkan oleh mahasiswa pra-siswazah dalam 5 sidang selari. Sebagai tambahan, terdapat 5 kertas kerja telah disampaikan oleh wakil industri dan ahli akademik ketika sidang pleno. Mereka terdiri daripada PP Sr Dato’ Mani Usilappan (RICS), Professor Mike Riley (Liverpool John Moores University, UK), Professor Roger Flanagan (University of Reading, UK), Sr Ahmad Suhaimi Abdul Majid (RICS) and Sr Dr. Adi Irfan Che Ani (ISM).
 UTM telah diwakili oleh 4 orang mahasiswa tahun akhir Sarjana Muda Ukur Bahan iaitu: Chong Yaw Fatt, Nur Farah Farhana Rasid, Tan Choon Boon dan Joanna Tay Yuan Ju yang telah membentangkan kertas kerja hasil daripada projek penyelidikan pra-siswazah mereka. UTM telah berjaya memenangi 3 daripada 5 “Anugerah Pembentang Terbaik” dan Joanna Tay Yuan Ju turut memenangi Special Mention Paper Award” dengan kertas kerja bertajuk “Anticipating Issues Concerning Disputes in Statuotary Adjudication under Construction Industry Payment and Adjudication Act (CIPAA) in Malaysia”.  Setiap pemenang menerima trofi dan sijil penghargaan daripada pihak penganjur. Selain itu, UTM turut mengungguli “Anugerah Persembahan Terbaik” dalam Pre-Conference Dinner melalui persembahan Tarian Kipas. Sesungguhnya ia merupakan pencapaian yang amat baik dalam penyertaan persidangan tahunan kali ini.







Tips menangani stress

Assalamualaikum semua. ^^

Peperiksaan Akhir Semester ke 2 bagi Sesi2010/2011 semakin hampir. Minggu ulangkaji akan bermula pada 16 April 2011. Sedikit masa sahaja lagi. Adakah anda semua sudah bersedia? Kalau sudah, bagus. Kalau belum mari kita semua bersedia untuk menghadapi peperiksaan.

Apa? Banyak lagi tugasan dan ujian pada minggu akhir? Pasti kalian berasa stress bukan. Masa nampaknya seperti tidak cukup bagi menghadapi kelas-kelas ganti, menyiapkan tugasan, pembentangan, malahan masih ada yang tidak sempat untuk mengulangkaji dan membuat persediaan bagi peperiksaan. Pembahagian masa amtlah penting. Di sini, penulis ingin berkongsi sedikit sebanyak berkenaan tips bagi menangani stress.

Sumber : Google


Apa itu STRESS?

 Stress is a term in psychology and biology, borrowed from physics and engineering and first used in the biological context in the 1930s, which has in more recent decades become commonly used in popular parlance. It refers to the consequence of the failure of an organism – human or animal – to respond adequately to mental, emotional or physical demands, whether actual or imagined.[1]
Signs of stress may be cognitive, emotional, physical or behavioral. Signs include poor judgment, a general negative outlook,[citation needed] excessive worrying, moodiness, irritability, agitation, inability to relax, feeling lonely, isolated or depressed, aches and pains, diarrhea or constipation, nausea, dizziness, chest pain, rapid heartbeat, eating too much or not enough, sleeping too much or not enough, social withdrawal, procrastinationalcohol, nicotine or drug consumption, and nervous habits such as pacing about, nail-biting and neck pains or neglect of responsibilities, increased .

Sumber : Wikipedia

Stress atau tekanan juga boleh menjadikan kehidupan seseorang itu tidak sihat. Ada kalanya boleh membuatkan seseorang itu GILA atau sakit mental. Mungkin anda baru dimarahi penyelia, mungkin kerja tidak menjadi, atau mungkin juga hubungan cinta dan keluarga anda sedang dilanda badai. Seharian memikirkannya hingga menjadikan hidup anda huru hara. Namun jalan penyelesaian tidak juga nampak tandanya. Siapa tak stress kalau dalam situasi begini? Bagi anda yang sedang mengalami stress yang melampau, tidak kiralah kerana kerja, belajar, cinta, keluarga atau orang sekeliling.

Gambar Hiasan


Bagaimanakah caranya untuk kita menangani stress? Menurut penulis Anuar Mustafa, terdapat 12 tips untuk menangani stress. Tips di bawah diambil dan diolah semula oleh penulis sendiri bagi kegunaan dan panduan kita semua.


12 Tips Tangani STRESS

1.Uruskan Masa Dengan Efektif

Urusan atau rutin harian memerlukan jadual atau rancangan. Pastikan anda mempunyai masa untuk diri sendiri dan masa untuk melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan. Lakukan aktiviti yang paling penting terlebih dahulu mengikut turutan kepentingan dan masa yang tugasan yang paling awal perlu dihantar terlebih dahulu.

2. Elakkan Mengambil Dadah atau Alkohol

Dadah atau alkohol hanya sekadar menghilangkan simptom tekanan dan apabila berhenti mengambilnya, stress pasti akan kembali.

3. Rehat Seketika

Ketika melakukan sesuatu kerja pastikan anda berhenti rehat seketika untuk meminimakan tekanan. Lakukan regangan, berjalan atau buat panggilan kepada rakan. Apabila kembali untuk menyambung kerja, pastikan anda dapat lakukan kerja itu dengan lebih efektif dan bukan berehat dengn kadar waktu yang agak lama.

4. Kurangkan Gangguan

Ketika melakukan kerja yang penting, pastikan anda tidak diganggu. Contohnya matikan bunyi telefon, tutup pintu bilik atau pergi ke suatu tempat yang orang lain tidak dapat mencari anda agar anda dapat memberikan tumpuan yang lebih.

5. Makan Makanan yang menyihatkan

Elakkan mengambil makanan yang tinggi lemak, gula dan sodium. Sekiranya bercadang untuk keluar sepanjang hari, pastikan anda mengambil dan makan makanan yang menyihatkan. Jika tidak, ia akan menyebabkan tahap tenaga menjadi rendah.

6. Lakukan Meditasi

Ia senaman yang bagus dan menyihatkan. Ini termasuklah bernafas dengan dalam-dalam yang dapat meningkatkan kerehatan pada otot-otot tubuh. Dan jangan lupa mengimaginasikan suasana yang menenangkan fikiran.

7. Berfikiran Positif dan Belajar Kawal Ketakutan

Elak dari menumpukan kepada perkara atau fikiran negatif. Sebaliknya fokus dan katakan kepada sesuatu yang positif mengenai diri setiap hari. Jangan buang masa dengan rasa bimbang mengenai sesuatu perkara yang tidak dapat ditukar atau dicapai.

8. Dapatkan Nasihat

Minta pertolongan, nasihat dan pandangan tidak bermakna anda lemah. Terdapat banyak sumber yang dapat membantu anda menyelesaikan stress. Jadi ambil peluang untuk menemui atau mendengar nasihat oleh pakar motivasi atau kaunselor.

9. Belajar Katakan 'TIDAK'

Jangan sesekali rasa bersalah untuk mengatakan tidak. Melakukan dan menambah projek atau kerja lain ketika sibuk akan menyebabkan anda bertambah tertekan. Berbincanglah dengan penyelia anda jika menghadapi masalah berkaitan kerja. Kurangkan aktiviti kokurikulum atau persatuan yang tidak perlu. Tugas Mahasiswa adalah untuk belajar. Kokurikulum merupakan sampingan sahaja bagi memberi ruang dan peluang kepada anda untuk meraih pengalaman berharga. Namun, sekiranya kedua-dua perkara ini tidak dapat diseimbangkan ia boleh mendatangkan stress. Jika anda mempunyai banyak tugasan pada satu masa tersebut dan diberi tugasan di dalam aktiviti kokurikulum, pastikan anda dapat menilai kepentingan utama terlebih dahulu agar tidak mengabaikan pelajaran dan diri anda sendiri.

10. Dapatkan Tidur yang Cukup

Tidurlah sekurang-kurangnya 6 - 8 jam sehari. Tetapi seseorang akan mengalami masalah tidur apabila mereka terlalu stress memikir dan menyiapkan kerja yang bertimbun dan bila membuat kerja pada waktu yang sangat suntuk.

11. Lakukan Senaman

Aktiviti fizikal adalah cara terbaik untuk menangani tekanan. Ia akan merembeskan endorphin dan memberikan kesegaran secara semulajadi.

12. Menarik Nafas Dalam-dalam

Teknik pengurusan tekanan paling mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Bernafas dengan cepat akan meningkatkan tindak balas tekanan. Bernafaslah dalam-dalam dan perlahan. Cara ini dapat memberi ketenangan dan membantu dalam membri lebih oksigen dalam badan dan dapat mengurangkan rasa mengantuk sewaktu belajar.

Gambar Hiasan : Ihsan Google

Baiklah, itu sahaja yang dapat dikongsi pada kali ini. Semoga kita semua mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir nanti. Sama-samalah kita berdoa ke arah kejayaan. Akhir kata, selamat menduduki peperiksaan akhir semester kepada semua!

Gambar Hiasan : Ihsan Google

Ke arah Mahasiswa QS-Bina 1st Class!

STRIKE'11

Salam/hi guys ! kali ini kami akan mengadakan sebuah lagi program berbentuk riadah bersama iaitu STRIKE'11 . program ini merupakan sebuah program tradisi dimana ianya pasti akan dijalankan setiap tahun . objektif program adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara pelajar junior dan senior ukur bahan dan pembinaan . so guys, apa lagi . jom grab the apportunities ! get join this program . details?





 

tarikh: 3 april 2011( ahad)
* masa: 8 pg-2 ptg
* tempat: daiman bowl, johor jaya,johor bahru
* bayaran: rm 18 seorang
* 1 group: 5 orang
* termasuk: makan tghri,sijil,kasut...
* t8 note: bwk stokin sdri.....
* kenderaan: bas utm
* berkumpul: 8 pg di parking fab
* coming soon: LOLLIPOP.....
* bendahari strike: nadirah bt darus ( 2 sbc)



Sehari Bersama Masyarakat: STUDENT ATTACK !!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Untuk pengetahuan semua, pada 12 Mac yang lalu Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan (QS-Bina) UTMJB telah mengadakan satu program khas bersama masyarakat yang terdiri daripada para pelajar tahun 5 SK Taman Universiti 1, Taman Universiti JB bertempat di Galeri Alam Bina Fakulti Alam Bina sendiri.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi lagi di mana pengarah program Cik Nadiah dan juruacara sepanjang program berlangsung Encik Hanif telah bertolak ke SKTU 1 dengan menaiki bas UTM untuk menjemput kesemua 42 orang pelajar. Sementara itu, kesemua AJK Program yang lain bersiap sedia dengan persiapan terakhir untuk menanti ketibaan mereka. AJK Makanan dengan persediaan sarapan pagi untuk para pelajar SKTU 1 tersebut, AJK Cenderahati dengan persediaan pendaftaran para pelajar serta pengagihan cenderahati dari pihak HEMA manakala AJK Aktiviti yang lain sibuk dengan persediaan terakhir untuk aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung.

Lebih kurang jam 8.40 pagi, para pelajar SKTU 1 tiba di tempat kami diiringi 2 orang guru kaunseling mereka. Mereka mendaftar dan bersiap sedia dengan aktiviti yang bakal berlangsung serta bersuai kenal dan beramah mesra antara AJK-AJK yang terlibat dan sesama mereka sendiri sementara menunggu ketibaan penceramah jemputan khas Encik Mahmud Mohd Salehuddin yang juga merupakan mantan presiden Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan bagi sesi 2008/2009.


Sesi ceramah motivasi ini disediakan khas hanya untuk para pelajar SKTU 1 kerana initipati kandungan ceramah hanya tertumpu pada tahap umur mereka sahaja. Para peserta dari kalangan pelajar UTM sendiri pula hanya akan bergabung bersama para pelajar SKTU 1 usai ceramah tersebut berakhir.

Respons yang kami terima daripada adik-adik SKTU 1 sangat-sangat memberangsangkan! Harapan kami untuk menarik minat mereka di awal pagi agar mereka terus memberikan kerjasama yang baik sehingga berakhirnya program tercapai dengan jayanya. Adik-adik tersebut melahirkan wajah yang membuatkan kami para AJK tersenyum dan tergelak bahagia sesama kami.

Kepada tuan penceramah yang juga bidan terjun untuk sesi pagi itu (atas sebab-sebab teknikal), You did a great job Sir ! :D

Program disambung semula tepat jam 10.30 pagi sebaik sahaja adik-adik dijamu dengan sarapan Nasi Lemak Teh O. Untuk sesi kali ini, para pelajar UTM bergabung dengan adik-adik SKTU 1 membentuk kumpulan mereka tersendiri. Antara 10 nama kumpulan yang telah para AJK sediakan adalah kumpulan Lempeng, Belacan, Cencaluk, Budu, Tauhu, Tempe dan lain-lain lagi. Kombinasi 4 orang pelajar SKTU 1 dan 2 orang pelajar UTM dalam satu kumpulan sangatlah meriuhkan suasana pada hari itu. Pelbagai keletah dan ragam dapat kami lihat sepanjang mereka berusaha bekerjasama sebagai satu pasukan. Kesabaran kakak-kakak dan abang-abang fasilitator dalam melayani kerenah adik-adik haruslah diberi pujian yang tinggi. :)

Antara aktiviti sepanjang LDK berlangsung adalah seperti permainan Bom-Bom, rekacipta `Cheers` kumpulan, perbincangan dalam kumpulan berkenaan persembahan yang akan dilakukan pada malam nanti, pelbagai jenis permainan uji minda dan bermacam-macam lagi. Objektif kami hanyalah satu iaitu ingin beramah mesra bersama masyarakat yang bergelar pelajar sekolah rendah ini. Mereka gembira, kami tersenyum bahagia. :)

Aktiviti direhatkan seketika tepat jam 1.00 petang untuk memberi laluan kepada semua peserta dan AJK merehatkan diri dan menunaikan tanggungjawab mendirikan solat Zohor serta menukar pakaian untuk aktiviti seterusnya iaitu Explorace.

Explorace yang kami adakan berlangsung sekitar Fakulti Alam Bina dan perkarangan Tasik UTM dan terdiri daripada 6 checkpoint sahaja. Cuaca yang mulanya cerah bertukar mendung dan alhamdulillah hujan hanya turun setelah ke semua kumpulan menamatkan kesemua checkpoint mereka. Antara aktiviti yang diadakan pada setiap checkpoint adalah seperti berikut :

1. Mereka baju daripada surat khabar lama dan baju tersebut haruslah dipakai oleh salah seorang pelajar SKTU 1 sepanjang Explorace berlangsung. Baju itu juga adalah barang amanah bagi kumpulan mereka.

2. Bergilir-gilir 'menyampaikan' gelang getah dengan menggunakan penyedut minuman kepada setiap ahli dalam kumpulan tanpa gelang getah jatuh ke tanah.

3. Makan sepotong kecil peria. Pelbagai mimik muka dan gelagat peserta dapat kami lihat pada checkpoint ini. Ada juga pelajar SKTU 1 yang hampir muntah dengan muka merah bak saga dibuatnya.

4. Aktiviti wajib dalam setiap explorace. Tiup gula dalam tepung.

5. Isi botol dengan air sehingga tahap yang ditetapkan menggunakan span.

6. Teka gambar ! Aktiviti teka gambar ini kami ambil ideanya sama seperti sewaktu kami menyertai explorace pada program Delegasi UTM-UiTM yang kami sertai baru-baru ini.

Berikut adalah antara beberapa gambar yang sempat kami jadikan kenangan bersama.









Setelah itu, minum petang disediakan untuk ke semua para peserta program. Mereka kemudiannya diminta berkumpul seketika untuk sesi luahan perasaan menceritakan pengalaman sepanjang explorace berlangsung. Masing-masing tergelak besar apabila salah seorang peserta dari SKTU 1, Germaine (lelaki) yang super duper aktif menceritakan pengalaman beliau sepanjang menyertai explorace kami. Beberapa orang peserta yang lain turut dipanggil tidak ketinggalan fasi mereka juga.

Lebih kurang jam 5.00 petang, mereka semua dibenarkan pulang ke kolej kediaman masing-masing. Para pelajar SKTU 1 turut dibenarkan untuk mengikut abang-abang dan kakak-kakak fasi mereka untuk mandi dah menyiapkan diri dan berkenalan lebih rapat lagi sesama mereka.

Tepat jam 7.00 petang, ke semua mereka mula datang ke Galeri Alam Bina untuk sesi solat Maghrib berjemaah, tazkirah dan solat Isya'. Seterusnya, majlis kemuncak malam itu dimulakan dengan persembahan dari 5 kumpulan yang pertama bertemakan Sketsa, Pentomen, Dikir Barat, Lakonan dan Nyanyian. Bakat-bakat terpendam kesemua peserta terserlah pada masa itu. Tiada istilah segan atau malu-malu kucing pada mereka lagi. Kemesraan antara para pelajar SKTU 1 bersama kakak-kakak dan abang-abang fasi dari UTM membuatkan kami para AJK gembira kerana objektif keseluruhan program kian tercapai. ^___^

5 kumpulan yang pertama selesai menunjukkan bakat mereka, kami direhatkan seketika dengan sesi makan malam Barbeque berupa ayam BBQ, Nasi Gorang Cina dan sosej bakar. Seharian kepenatan menyertai program ini membuatkan ke semua peserta makan dengan penuh berselera sekali. Dan, persembahan baki 5 lagi kumpulan diteruskan serta acara penyampaian hadiah berupa hamper kepada kesemua kumpulan dilakukan.

Oh! Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Kami sempat mengambil gambar kenanagan beramai-ramai dan agihan hamper dilakukan dalam setiap kumpulan sebelum mereka semua dihantar pulang tepat jam 11.00 malam. Perpisahan yang berlaku mengundang rasa sedih kepada semua yang terlibat lebih-lebih lagi kakak-kakak dan abang-abang fasi kami yang seharian melayan keletah adik-adik SKTU 1. Walaupun penat dengan segalanya, kelancaran dan keseronokan dari program seharian itu memang berbaloi-baloi ! :D


Akhir kata, segala yang buruk itu datang dari pengurusan kami sendiri dan yang baik itu segalanya hak ALLH s.w.t. Diharap, segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat diteruskan lagi pada masa mendatang. Bak kata penasihat program, kita melakukan kesilapan dan kita belajar dari kesilapan itu. Program sebegini harus diteruskan lagi untuk memberi kesedaran sendiri kepada setiap mahasiswa terutamanya betapa pentingnya masyarakat dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Kepada semua ahli QS-Bina yang lain, sama-samalah kita memajukan lagi Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan UTMJB supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama Persatuan Akademik yang lain.

Sekian, jumpa lagi dalam program yang akan datang ! ;)

HEARTBEAT

Qiamulail?

Kelebihan Bangun Solat Malam




Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir??? sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.


Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)


Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya

Dua raka'at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya." (HR Adam bin Abu Iyas)


Meningkatkan Darjat Di sisi Allah

“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79). 

Dari Abu HUrairah r.a., Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang. 

“Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Ibadah Ahli Syurga


Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." (HR Tirmidzi).



Bagaimana mudah utk bangun solat malam???




Petua dari Imam Al-Ghazali...

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu'alam bissowab



ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA