STRIKE'11

Salam/hi guys ! kali ini kami akan mengadakan sebuah lagi program berbentuk riadah bersama iaitu STRIKE'11 . program ini merupakan sebuah program tradisi dimana ianya pasti akan dijalankan setiap tahun . objektif program adalah untuk mengeratkan lagi silaturrahim di antara pelajar junior dan senior ukur bahan dan pembinaan . so guys, apa lagi . jom grab the apportunities ! get join this program . details?





 

tarikh: 3 april 2011( ahad)
* masa: 8 pg-2 ptg
* tempat: daiman bowl, johor jaya,johor bahru
* bayaran: rm 18 seorang
* 1 group: 5 orang
* termasuk: makan tghri,sijil,kasut...
* t8 note: bwk stokin sdri.....
* kenderaan: bas utm
* berkumpul: 8 pg di parking fab
* coming soon: LOLLIPOP.....
* bendahari strike: nadirah bt darus ( 2 sbc)



Sehari Bersama Masyarakat: STUDENT ATTACK !!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia!

Untuk pengetahuan semua, pada 12 Mac yang lalu Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan (QS-Bina) UTMJB telah mengadakan satu program khas bersama masyarakat yang terdiri daripada para pelajar tahun 5 SK Taman Universiti 1, Taman Universiti JB bertempat di Galeri Alam Bina Fakulti Alam Bina sendiri.

Program dimulakan seawal jam 8.00 pagi lagi di mana pengarah program Cik Nadiah dan juruacara sepanjang program berlangsung Encik Hanif telah bertolak ke SKTU 1 dengan menaiki bas UTM untuk menjemput kesemua 42 orang pelajar. Sementara itu, kesemua AJK Program yang lain bersiap sedia dengan persiapan terakhir untuk menanti ketibaan mereka. AJK Makanan dengan persediaan sarapan pagi untuk para pelajar SKTU 1 tersebut, AJK Cenderahati dengan persediaan pendaftaran para pelajar serta pengagihan cenderahati dari pihak HEMA manakala AJK Aktiviti yang lain sibuk dengan persediaan terakhir untuk aktiviti-aktiviti sepanjang program berlangsung.

Lebih kurang jam 8.40 pagi, para pelajar SKTU 1 tiba di tempat kami diiringi 2 orang guru kaunseling mereka. Mereka mendaftar dan bersiap sedia dengan aktiviti yang bakal berlangsung serta bersuai kenal dan beramah mesra antara AJK-AJK yang terlibat dan sesama mereka sendiri sementara menunggu ketibaan penceramah jemputan khas Encik Mahmud Mohd Salehuddin yang juga merupakan mantan presiden Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan bagi sesi 2008/2009.


Sesi ceramah motivasi ini disediakan khas hanya untuk para pelajar SKTU 1 kerana initipati kandungan ceramah hanya tertumpu pada tahap umur mereka sahaja. Para peserta dari kalangan pelajar UTM sendiri pula hanya akan bergabung bersama para pelajar SKTU 1 usai ceramah tersebut berakhir.

Respons yang kami terima daripada adik-adik SKTU 1 sangat-sangat memberangsangkan! Harapan kami untuk menarik minat mereka di awal pagi agar mereka terus memberikan kerjasama yang baik sehingga berakhirnya program tercapai dengan jayanya. Adik-adik tersebut melahirkan wajah yang membuatkan kami para AJK tersenyum dan tergelak bahagia sesama kami.

Kepada tuan penceramah yang juga bidan terjun untuk sesi pagi itu (atas sebab-sebab teknikal), You did a great job Sir ! :D

Program disambung semula tepat jam 10.30 pagi sebaik sahaja adik-adik dijamu dengan sarapan Nasi Lemak Teh O. Untuk sesi kali ini, para pelajar UTM bergabung dengan adik-adik SKTU 1 membentuk kumpulan mereka tersendiri. Antara 10 nama kumpulan yang telah para AJK sediakan adalah kumpulan Lempeng, Belacan, Cencaluk, Budu, Tauhu, Tempe dan lain-lain lagi. Kombinasi 4 orang pelajar SKTU 1 dan 2 orang pelajar UTM dalam satu kumpulan sangatlah meriuhkan suasana pada hari itu. Pelbagai keletah dan ragam dapat kami lihat sepanjang mereka berusaha bekerjasama sebagai satu pasukan. Kesabaran kakak-kakak dan abang-abang fasilitator dalam melayani kerenah adik-adik haruslah diberi pujian yang tinggi. :)

Antara aktiviti sepanjang LDK berlangsung adalah seperti permainan Bom-Bom, rekacipta `Cheers` kumpulan, perbincangan dalam kumpulan berkenaan persembahan yang akan dilakukan pada malam nanti, pelbagai jenis permainan uji minda dan bermacam-macam lagi. Objektif kami hanyalah satu iaitu ingin beramah mesra bersama masyarakat yang bergelar pelajar sekolah rendah ini. Mereka gembira, kami tersenyum bahagia. :)

Aktiviti direhatkan seketika tepat jam 1.00 petang untuk memberi laluan kepada semua peserta dan AJK merehatkan diri dan menunaikan tanggungjawab mendirikan solat Zohor serta menukar pakaian untuk aktiviti seterusnya iaitu Explorace.

Explorace yang kami adakan berlangsung sekitar Fakulti Alam Bina dan perkarangan Tasik UTM dan terdiri daripada 6 checkpoint sahaja. Cuaca yang mulanya cerah bertukar mendung dan alhamdulillah hujan hanya turun setelah ke semua kumpulan menamatkan kesemua checkpoint mereka. Antara aktiviti yang diadakan pada setiap checkpoint adalah seperti berikut :

1. Mereka baju daripada surat khabar lama dan baju tersebut haruslah dipakai oleh salah seorang pelajar SKTU 1 sepanjang Explorace berlangsung. Baju itu juga adalah barang amanah bagi kumpulan mereka.

2. Bergilir-gilir 'menyampaikan' gelang getah dengan menggunakan penyedut minuman kepada setiap ahli dalam kumpulan tanpa gelang getah jatuh ke tanah.

3. Makan sepotong kecil peria. Pelbagai mimik muka dan gelagat peserta dapat kami lihat pada checkpoint ini. Ada juga pelajar SKTU 1 yang hampir muntah dengan muka merah bak saga dibuatnya.

4. Aktiviti wajib dalam setiap explorace. Tiup gula dalam tepung.

5. Isi botol dengan air sehingga tahap yang ditetapkan menggunakan span.

6. Teka gambar ! Aktiviti teka gambar ini kami ambil ideanya sama seperti sewaktu kami menyertai explorace pada program Delegasi UTM-UiTM yang kami sertai baru-baru ini.

Berikut adalah antara beberapa gambar yang sempat kami jadikan kenangan bersama.









Setelah itu, minum petang disediakan untuk ke semua para peserta program. Mereka kemudiannya diminta berkumpul seketika untuk sesi luahan perasaan menceritakan pengalaman sepanjang explorace berlangsung. Masing-masing tergelak besar apabila salah seorang peserta dari SKTU 1, Germaine (lelaki) yang super duper aktif menceritakan pengalaman beliau sepanjang menyertai explorace kami. Beberapa orang peserta yang lain turut dipanggil tidak ketinggalan fasi mereka juga.

Lebih kurang jam 5.00 petang, mereka semua dibenarkan pulang ke kolej kediaman masing-masing. Para pelajar SKTU 1 turut dibenarkan untuk mengikut abang-abang dan kakak-kakak fasi mereka untuk mandi dah menyiapkan diri dan berkenalan lebih rapat lagi sesama mereka.

Tepat jam 7.00 petang, ke semua mereka mula datang ke Galeri Alam Bina untuk sesi solat Maghrib berjemaah, tazkirah dan solat Isya'. Seterusnya, majlis kemuncak malam itu dimulakan dengan persembahan dari 5 kumpulan yang pertama bertemakan Sketsa, Pentomen, Dikir Barat, Lakonan dan Nyanyian. Bakat-bakat terpendam kesemua peserta terserlah pada masa itu. Tiada istilah segan atau malu-malu kucing pada mereka lagi. Kemesraan antara para pelajar SKTU 1 bersama kakak-kakak dan abang-abang fasi dari UTM membuatkan kami para AJK gembira kerana objektif keseluruhan program kian tercapai. ^___^

5 kumpulan yang pertama selesai menunjukkan bakat mereka, kami direhatkan seketika dengan sesi makan malam Barbeque berupa ayam BBQ, Nasi Gorang Cina dan sosej bakar. Seharian kepenatan menyertai program ini membuatkan ke semua peserta makan dengan penuh berselera sekali. Dan, persembahan baki 5 lagi kumpulan diteruskan serta acara penyampaian hadiah berupa hamper kepada kesemua kumpulan dilakukan.

Oh! Setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Kami sempat mengambil gambar kenanagan beramai-ramai dan agihan hamper dilakukan dalam setiap kumpulan sebelum mereka semua dihantar pulang tepat jam 11.00 malam. Perpisahan yang berlaku mengundang rasa sedih kepada semua yang terlibat lebih-lebih lagi kakak-kakak dan abang-abang fasi kami yang seharian melayan keletah adik-adik SKTU 1. Walaupun penat dengan segalanya, kelancaran dan keseronokan dari program seharian itu memang berbaloi-baloi ! :D


Akhir kata, segala yang buruk itu datang dari pengurusan kami sendiri dan yang baik itu segalanya hak ALLH s.w.t. Diharap, segala kerjasama yang diberikan oleh semua pihak dapat diteruskan lagi pada masa mendatang. Bak kata penasihat program, kita melakukan kesilapan dan kita belajar dari kesilapan itu. Program sebegini harus diteruskan lagi untuk memberi kesedaran sendiri kepada setiap mahasiswa terutamanya betapa pentingnya masyarakat dalam kehidupan kita sebagai seorang pelajar.

Kepada semua ahli QS-Bina yang lain, sama-samalah kita memajukan lagi Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan UTMJB supaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bersama Persatuan Akademik yang lain.

Sekian, jumpa lagi dalam program yang akan datang ! ;)

HEARTBEAT

Qiamulail?

Kelebihan Bangun Solat Malam




Apakah kehebatan bangun solat di malam hari terutama di sepertiga malam yang akhir??? sehinggakan Rasulullah sanggup melakukannya sehingga kedua-dua tapak kakinya pecah-pecah, sehinggakan juga Sallehuddin Al-Ayyubi memilih mereka yang bangun malam sebagai barisan mujahidin yang paling hadapan untuk menggempur musuh, sehinggakan juga Umar Abd Aziz berkata..."Bagaimana mata ini dapat tertutup rapat dan tenteram sedangkan ia tak tahu di mana kelak ia akan kembali di antara dua tempat" berulang-ulang.


Dari Aisyah r.a katanya; "Nabi sollallahu 'alaihi wasallam itu berdiri untuk bersolat malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya;" Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah diampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau sollallahu 'alaihi wasallam lalu bersabda, "Tidakkah saya ini wajar menjadi seorang hamba yang banyak bersyukur." (Muttafaqun 'alaih)


Lebih Baik Dari Dunia dan Seisinya

Dua raka'at yang dilakukan oleh seorang hamba di tengah malam itu adalah lebih baik baginya daripada dunia ini serta seluruh isinya." (HR Adam bin Abu Iyas)


Meningkatkan Darjat Di sisi Allah

“Dan pada sebahagian malam hari, sembahyang tahajudlah kamu sebagai satu ibadat tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkatmu ke tempat terpuji.” – (Surah al-Isra, ayat 79). 

Dari Abu HUrairah r.a., Sabda Rasulullah lagi bermaksud: “Allah mengasihi seorang lelaki yang bangun tengah malam lalu dia mengerjakan sembahyang dan membangunkan isterinya untuk turut sama bersembahyang. 

“Kalau isterinya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya. Dan Allah mengasihi seorang wanita yang bangun tengah malam untuk mengerjakan sembahyang lalu dia membangunkan suaminya untuk turut yang sama. Kalau suaminya enggan, beliau akan memercikkan air ke mukanya.” (HR Abu Daud dengan isnad yang sahih)

Ibadah Ahli Syurga


Dari Abdullah bin Salam r.a bahawasanya Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam bersabda;"Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersolatlah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat." (HR Tirmidzi).



Bagaimana mudah utk bangun solat malam???




Petua dari Imam Al-Ghazali...

1. Makan malam yang sedikit sekadar alas perut supaya tidak lapar. Jika kita makan malam yang banyak ianya akan menyebabkan kita cepat mengantuk dan susah bangun dari tidur, sudah tentu kita akan terlebih tidur pula.

2. Jangan tinggalkan tidur qailulah di siang hari.

3. Mengetahui dan menginsafi benar-benar keutamaan solat malam dengan mentadabburi selalu ayat-ayat Qur’an dan hadis-hadis serta kisah-kisah salafussoleh berkenaan dengan bangun malam.

4. Meningkatkan rasa cinta kepada Allah, rasa cinta yang sebenar-benarnya. Istiqamah dalam beribadah di waktu malam itu merupakan anugerah yang Allah berikan kepada kekasih-kekasih-Nya. Bersihkanlah diri dan hati daripada unsur-unsur syirik baik yang nyata atau yang tersembunyi, dan peliharalah ibadah sebelumnya, sesungguhnya seseorang yang berat beban dosanya dari amalan yang dilakukan sebelum tidurnya itu pasti memberatkannya untuk bangkit berkhalwah dengan Allah yang Maha Suci di malam hari.

Wallahu'alam bissowab



STUDENT ATTACK !!

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera kepada semua. :D




Persatuan QS-Bina UTM JB bakal menganjurkan satu lagi program iaitu STUDENT ATTACK dan menjemput Mahasiswa yang berminat untuk menyertai program kami. Program ini merupakan sebuah program bersama masyarakat di mana ianya menjadi platform buat Mahasiswa untuk bergaul dengan lebih rapat dengan masyarakat setempat. Sasaran masyarakat bagi program kali ini adalah pelajar sekolah rendah Tahap 2 yang terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4, 5 dan 6. Program ini bertujuan untuk mendekatkan lagi Mahasiswa UTM dengan pelajar sekolah dan diharap mungkin dapat memberi inspirasi kepada mereka untuk belajar dengan lebih gigih. Bak kata pepatah, 'Melentur buluh, biarlah dari rebungnya'.

Maklumat Program adalah seperti yang berikut :

Program : Student Attack !!
Tempat : Sekitar UTM
Penyertaan : 40 orang pelajar Sekolah Rendah dan 50 orang pelajar UTM
Sekolah : SK Taman Universiti 1
Aktiviti :
1) 'Mini Talk' + Aktiviti berkumpulan
2) 'Mini Explorace'
3) BBQ dan Persembahan

Mahasiswa yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah membuat Pendaftaran seperti yang berikut :

Tempat Pendaftaran : Galeri B11
Tarikh : 8 Februari 2011 (Selasa)
Masa : 9.00 - 11.00 pagi

Bayaran yang dikenakan ialah RM 13.00 seorang. Cepat! Tempat adalah terhad kepada 50 orang Mahasiswa sahaja. Keutamaan diberikan kepada Mahasiswa Tahun 1 dan Tahun 2.

Sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi :

Nadiah Abdul Rahman (Pengarah Program) : 013-3710307
Nurlyana Nabilah Noor Azman (Bendahari Program) : 013-5962966

Sekian.

Selesai sudah Delegasi UTM JB ke UiTM Shah Alam [Bahagian 1]

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera kepada semua. ^^

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah kerana dengan segala limpah kurnia-Nya kita dipertemukan lagi. Selesai sudah Program pertama Persatuan QS-Bina bagi tahun 2011. Sesungguhnya, walaupun dengan masa yang begitu singkat banyak pengalaman dan pengetahuan dapat ditimba. Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman".

Pada hari Jumaat lepas, 25 Februari 2011 6.00 petang, semua pelajar berkumpul di Perhentian Bas FAB, UTM. Seramai 74 orang pelajar dan 2 orang pensyarah pengiring yang menyertai program ini dengan menaiki 2 buah bas. Pensyarah yang mengiringi kami ialah Prof. Madya Sr. Zakaria bin Mohd Yusof dan Encik Syamsul Hendra bin Mahmud. Tepat pada pukul 6.30 petang, bas pertama bertolak dahulu diikuti bas kedua. Bas kemudiannya berhenti seketika di tol skudai bagi memberi ruang kepada penumpang untuk membeli kudapan ataupun melepaskan hajat. Di sini, kami telah dikejutkan dengan satu berita bahawa tempat duduk tidak cukup dan mengakibatkan seorang pensyarah pengiring terpaksa menaiki kenderaan sendiri. Hal ini amat mendukcitakan kerana terdapat pelajar yang tidak tersenarai menumpang bas kami. Pihak kami amat memohon maaf kepada pensyarah pengiring, Encik Syamsul Hendra bin Mahmud di atas kesulitan yang dihadapi.

Pada pukul 9.00 malam, bas sampai di Hentian Ayer Keroh Melaka. Semua pelajar dan pensyarah dibenarkan untuk makan dan melaksanakan tanggungjawab solat jamak bagi yang beragama Islam. Di sini, kami berhenti selama satu jam. Kami kemudiannya meneruskan perjalanan ke UTM KL, Jalan Semarak. Kami tiba di UTM KL lebih kurang pada pukul 11.30 malam.

Di UTM KL, mahasiswa dan pensyarah diberi kunci bilik di mana setiap bilik dikhaskan untuk dua orang. Di UTM KL, penginapan adalah begitu selesa dan harga juga berpatutan iaitu RM 7.00 seorang. Di sini, kami dikehendaki untuk bersiap seawal jam 7.00 pagi. Kami bertolak dari UTM KL ke UiTM Shah Alam pada pukul 7.30 pagi.

Setibanya kami di Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU), UiTM Shah Alam, kami ditunjukkan dan diberi kunci bilik untuk menyimpan barang. Kami kemudiannya diberikan sarapan nasi lemak dan teh tarik setiap seorang. Selepas bersarapan, kemi dikehendaki ke Dewan Kuliah bagi mendengar 'Professional Talk'.

Bagi sesi pertama ini, terdapat tiga orang penceramah telah dijemput bagi memeriahkan sesi ini iaitu Assoc. Prof. Dr. Aini Jaafar yang memberikan ceramah bertajuk 'Your Future', Assoc. Prof. Sr. Hasmawati Harun yang memberikan ceramah bertajuk 'Quantity Surveyors in The 21st Century - Towards a Sustainable Future'. Kedua-dua penceramah adalah dari UiTM Shah Alam dan tajuk yang dibentangkan sangat menarik dan sangat berguna untuk dijadikan panduan oleh Mahasiswa. Manakala penceramah dari UTM pula ialah Prof Ahmad Rosdan bin Razak tajuk yang sangat memberi kesan kepada Mahasiswa iaitu 'Ichiban (The best or No. 1)'.

Pada pukul 12.00 tengahari, sesi ceramah selesai. Sesi diteruskan dengan majlis penyampaian cenderahati oleh wakil dari UiTM kepada wakil dari UTM dan sebaliknya. Sesi berbalas cenderahati disambut meriah dengan usikan para pensyarah dan mahasiswa kerana turut tidak ketinggalan sesi menyerahkan cenderahati 'dari hati ke hati' Pengarah program dari UiTM, saudara Mohd Ajib bin Alias kepada Pengarah Program dari UTM saudari Nadirah binti Darus. Mereka merupakan orang kuat yang bertungkus lumus untuk menjayakan program ini.

Setelah selesai, semua jemputan, tetamu, pensyarah serta mahasiswa dijamu makan tengahari. Mahasiswa diberi masa untuk makan dan menunaikan solat Zohor di surau FSPU dan dikehendaki untuk siap pada pukul 2.00 bagi meneruskan sesi seterusnya.

Tepat pada pukul 2.00 petang, kesemua pelajar UTM JB dan UiTM berkumpul di hadapan Fakulti bagi mendengar taklimat aktiviti seterusnya iaitu 'Explorace'. Seramai 14 orang Mahasiswa lelaki UTM JB menyertai perlawanan futsal dengan Mahasiswa UiTM yang mewakili 2 pasukan. Bagi 'Explorace', seramai 36 kumpulan yang terdiri daripada Mahasiswa UTM dan UiTM bergabung bagi menyiapkan dan menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Terdapat 10 tugasan yang perlu diselesaikan dan 'checkpoint' terletak di seluruh kawasan UiTM dan Mahasiswa tidak dibenarkan bergerak dari satu tempat ke satu tempat dengan menaiki kenderaan. Masa yang diberi untuk menyelesaikan tugasan ialah selama tiga jam.

Semua mahasiswa dari UTM-UiTM dilihat bekerjasama dengan begitu gigih bagi menyelesaikan tugas masing-masing. Tali sillaturrahim terjalin sesama mereka. Tugasan yang nampaknya agak sukar bagi kebanyakan peserta adalah mengambil kertas di dalam botol yang berisi ulat sagu. Tepat pukul 6.00 petang, semua peserta selamat kembali ke 'checkpoint' pertama.

Kesemua peserta kelihatan penat, namun gembira kerana dapat berkenalan dengan teman baru dan saling bertukar serta berkongsi idea sesama mereka. Mahasiswa kemudiannya diberi waktu untuk berehat dan persiapan kendiri sebelum solat maghrib berjemaah. Selesai solat magrib berjemaah, tazkirah diberikan bagi memantapkan lagi rohani para peserta.

Tepat pukul 9.00 malam, mahasiswa dari kedua-dua buah universiti ke khemah yang disediakan di fakulti bagi sesi makan malam atau 'barbeque' yang disediakan oleh mahasiswa UiTM. Majlis dimulakan dengan bacaan doa. Kemudiannya ucapan oleh Presiden Persatuan Ukur Bahan (PERUBAHAN) saudara Mohd. Izzudin, diikuti oleh Presiden Persatuan QS-Bina UTM JB saudara Mohd Husrizal. Sterusnya ucapan penutup diberikan oleh Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar FSPU, UiTM, Dr. Hajjah Noriah Othman.

Majlis kemudiannya diteruskan dengan upacara makan malam. Makanan yang disediakan adalah mihun goreng, ayam bakar, sosej bakar dan air milo. Semua mahasiswa serta para VIP makan sambil beramah mesra diantara satu sama lain.

Majlis kemudiannya dimeriahkan lagi dengan majlis penyampaian hamper bagi acara futsal dan 'explorace'. Bagi futsal, pasukan dari UTM Johan keseluruhan diikuti pasukan dari UiTM sebagai Naib Johan. Manakala tempat ketiga pasukan dari UTM dan tempat keempat pasukan dari UiTM.

Kesemua peserta 'explorace' menerima hadiah 'hamper' masing-masing kerana telah memberi komitmen dan kesungguhan yang tinggi. Selesai majlis penyampaian hadiah, semua mahasiswa bergambar bersama rakan baru masing-masing di samping beramah mesra. Majlis 'BBQ' berakhir pada pukul 11.00 malam.

Mahasiswa UTM kemudiannya kembali ke bilik penyimpanan barang untuk bersiap-siap untuk pulang. Kami sampai di UTM JB lebih kurang pada pukul 3.30 pagi.

Melalui program ini, kami dapat mempelajari pelbagai perkara baru dari segi budaya, cara pergaulan, cara belajar, cara pengurusan dan sebagainya. Walaupun kami telah mencuba sedaya upaya kami, namun masih terdapat sedikit kekurangan. Diharap semua Mahasiswa dan para Pensyarah berpuas hati dengan program pertama QS-Bina pada tahun 2011 ini. Yang baik dijadikan tauladan, yag buruk dijadikan sempadan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yang buruk itu datang dari kami.

Gambar-gambar menarik sekitar program dan aktiviti akan dimuatnaik sedikit masa lagi.

Sebarang cadangan, komen atau pendapat boleh lah ditinggalkan diruangan komen atau di Facebook. :)

Pemilihan crew AKRAB'11 .

Assalamualaikum dan selamat sejahtera . we would like to invite u guys yang berminat nak menjadi crew untuk AKRAB'11 . kepada sesiapa yang berminat, sila kemukakan nama dan contact number anda kepada presiden persatuan Qs-Bina , Husrizal (0135063613) . sebarang pertanyaan sila emailkan kepada tuan presiden ataupun boleh emailkan di alamat  mohdhusrizal@yahoo.com . atau boleh tanya personally kepada exco - exco Qs-Bina yang lain . Sekian, terima kasih .

 



ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA