Kata-kata Aluan Presiden Persatuan QS-BINA

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,


Yang pertama dan selama-lamanya,
          Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya yang tiada batasan.Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam sehingga hari penghabisan.

       Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW menekankan kepada kita kepentingan pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikn ilmu.Maka sewajarnya kita mneghayati dan menjelmakan saranan ini melalui tindakan dan kesungguhan kita menuntut ilmu .

       Seringkali kita terlupa,dalam menuntut ilmu kita juga disarankan untuk sentiasa memperbaiki diri dan mempelajari kemahiran-kemahiran yang akan membantu mengukuhkan jati diri khususnya sebagai seorang Mahasiswa untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi dunia bekerjaya kelak.Melalui medium persatuan ini juga para mahasiswa ukur bahan-pembinaan akan dapat mengenalpasti potensi dan  mencungkil bakat kepimpinan  untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan wujudnya Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan ataupun ringkasnya Persatuan QS-BINA, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan yang mana ianya banyak berteraskan nilai-nilai akademik dan kepimpinan, disamping mengasah  bakat para mahasiswa untuk bekerja dalam  1 kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu sasaran yang mana telah didasarkan dalam objektif setiap program.

Dengan wujudnya laman Blog Persatuan QS- BINA ini, maka segala aktiviti yang dirancang dan yang telah dilaksanakan,juga maklumat-maklumat berkaitan akan di paparkan bagi tujuan pendedahan kepada semua  warga QS-BINA dan juga alumni. Kritik saran dan pandangan yang membina adalah amat dialu-alukan untuk sama-sama membantu mencapai objetif,visi dan misi persatuan.

          Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ILAHI dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan laman Blog Persatuan QS-BINA ini.Semoga setiap exco persatuan akan berusaha keras dalam menggunakan setiap peluang yang ada di dalam universiti untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang bermanfaat dan meletakkan komitmen terhadap persatuan sebagai salah satu tanggung jawab yang perlu diambil sebagai salah seorang mahasiswa yang bernaung dibawah QS-BINA.

             Semoga usaha yang dilakukan dan dirancang akan mampu menatijahkan yang terbaik untuk semua warga QS-BINA.

Sekian .Terima kasih.




"Kerana Tuhan,Untuk Manusia"


MOHD HUSRIZAL B CHE HUSSIN
Presiden Persatuan QS- BINA 2011/2012

March 2011


      



ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA