GRADS'11

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Warganegara QS-BINA
Seperti yang kita sedia maklum, Persatuan QS-Bina UTM bakal mengadakan Majlis Makan Malam Graduation 2011 ,GRADS’ 11..Majlis makan malam ini bertujuan untuk meraikan pelajar-pelajar Tahun Tiga sesi 2008/2009 yang bakal graduate pada tahun ini..Majlis makan malam ini juga akan diadakan di Hotel Grand Paragon..Tarikh majlis ini akan berlangsung pada hari Rabu, 16 Mac 2011 dengan bertemakan RETRO..
Di bawah merupakan serba sedikit maklumat mengenai program..Marilah kita bersama-sama menyertai dan memeriahkan lagi majlis makan malam ini..


Sebarang pertanyaan mengenai majlis boleh hubungi:
Bahagian Jemputan :
W NORASHIKIN BT W SORAZAN, Cikin (1SBQ) – 013 408 0894
Pengarah Majlis :
MOHAMAD IZZUAN B MOHD ISHAR, Izzuan (1SBC) – 017 519 6019

Bayaran sebanyak RM47.00 boleh dibayar kepada Bendahari Program ataupun wakil daripada setiap batch:
 Tira (1SBC) – 017 602 0504
Suzie (1SBQ) – 013 911 7751
Najah (1SBC)-017 475 3849
Adawiyah(2 SBC)-019 221 3768
Razi (2 SBQ)-017 838 7473
Adnan (3 SBC)-013 758 4862
Saadah, Eu (3 SBQ)- Saadah: 0173743087 , Eu: 013 543 5196
Qayyum (Alumni) – 013 704 8485
Menu makanan akan dipilih oleh pelajar-pelajar tahun ketiga..Antara contoh menu makanan yang akan dipilih adalah berbentuk Hi-Tea atau Banquet Mix Buffet.





Pemilihan menu makanan oleh pelajar Tahun Tiga masih di dalam proses..Menu-menu di atas hanyalah sebahagian daripada beberapa pilihan MENU..Sekiranya anda menghidap sebarang alahan (allergic), anda bolehlah berjumpa dengan:
Bahagian Makanan, NUR IZZATI BINTI MOHD PABLI, Izzati (1SBQ) – 014 500 6051
Bahagian Jemputan, W NORASHIKIN BT W SORAZAN, Cikin (1SBQ) – 013 408 0894
Bagi yang ingin menaiki kenderaan sendiri dan tidak tahu bagaimana untuk ke Hotel Grand Paragon, anda boleh click link dibawah untuk mengetahui jalan ke Hotel tersebut..



Alamat Hotel Grand Paragon:
HOTEL GRAND PARAGON SDN BHD 818582-D
18, Jalan Harimau, Taman Century, 80250, Johor Bahru, Johor, Malaysia.
Bagi menjayakan program ini, beberapa Exco Program telah dilantik yang terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswi Ukur Bahan (SBQ) dan Sains Pembinaan (SBC). Diharap, program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Marilah kita sama-sama berdoa agar Majlis Makan Malam GRADS’ 11 berjaya dengan jayanya..
InsyaAllah..Semoga majlis makan mala mini diberkati oleh Allah S.W.T..Amin..

Bak kata Presiden Persatuan QS-BINA 2011/2012,
MOHD HUSRIZAL B CHE HUSSIN: Semoga usaha yang dilakukan dan dirancang akan mampu menatijahkan yang terbaik untuk semua warga QS-BINA”
Setuju sangat tu..InsyaAllah
Akhir kata, yang buruk datangnya daripada kami, segala yang baik datangnya daripada Allah S.W.T..
Sekian .Terima kasih.

Kelebihan Sambutan Maulidur Rasul SAW


صَـلَّى اللهُ عَـلَى مُحَمَّد صَـلَّى اللهُ عَـلَيْهِ وَسَـلَّمْ


sejarah maulidur rasul

Maulidur Rasul yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571M merupakan hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Maulid Nabi merupakan sebuah “Rumah Kelahiran” kepada Nabi Muhammad s.a.w. Rumah ini terletak berhampiran Mas’a iaitu arah timur Masjidil Haram, Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Kawasan ini dikenali sebagai Suq Al-Lail (Sooq Al-Layl) atau Syib Ali. Kini, di tempat kelahiran Baginda Rasullullah itu terbinanya sebuah bangunan 2 tingkat yang dijadikan sebuah perpustakaan (pusat sumber)dengan nama “Maktabah Makkah Al-Mukarramah” Perpustakaan ini menempatkan banyak buku-buku ilmiah yang kebanyakannya terdiri dari jenis buku dan kitab-kitab agama Islam. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W. dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad S.A.W., kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah S.W.T. terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah S.W.T. akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah S.W.T.. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.


Hukum Sambutan Maulidur Rasul 

Upacara sambutan Maulidur Rasul adalah harus selagi ia tidak melibatkan unsur-unsur pembaziran dan tiada aktiviti yang melanggar syariat. Malah jika perisian sambutan itu ada unsur ilmu dan ibadah ia tetap diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu Wa Taala. Adalah tidak tepat pendapat yang mengatakan bahawa sambutan Maulidur Rasul adalah bid’ah dhalalah dan bertentangan dengan syariat. Upacara memperingati hari kelahiran Rasulullah saw ini telah dilakukan sejak 300 tahun sesudah Rasulullah wafat.


RABIULAWAL

Pengertian

Bulan Rabiulawal bermaksud bulan dimana bermulanya musim bunga bagi tanaman. Mengikut kebiasaannya di Tanah Arab, sewaktu bulan Rabiulawal pokok buah-buahan mula berbunga dan seterusnya berbuah. Maka nama bulan ini diambil sempena musim berbunga tanaman mereka. Dan setelah kedatangan Islam, Rasulullah saw telah mengekalkan nama Rabiulawal ini sehinggalah sekarang.


Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul. 

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah. 

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba’ pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama. 

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan. 

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah. 

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai’ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa’idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw. 

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra. 

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.
 
9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut. 


Fadhilat Bulan Rabiul Awal

Bulan Rabiulawal adalah seperti bulan-bulan Islam yang lain maka amalan sunat di bulan Rabiulawal adalah sama seperti amalan sunat di bulan-bulan yang lain. Kita dianjurkan untuk meningkatkan amalan-amalan fardu dan sunat tanpa mengira di bulan manapun di sepanjang tahun. Amalan-amalan kita itu akan menjadi bekalan untuk kita meneruskan perjalanan ke padang mahsyar esok. Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah. Selain dari itu, kualiti ibadah juga adalah diambil kira. Niat dan keikhlasan mempunyai pengaruh yang amat besar dalam menentukan nilai ibadah kita. Diantara syarat sesuatu ibadah itu diterima ialah niat. Niat itu akan menggambarkan keikhlasan kita.Kerja yang ikhlas akan membawa kepada kesempurnaan dan kesempurnaan akan membawa kepada kepuasan dan kepuasan akan membawa kepada ketenangan. Moga kita sama-sama dapat meningkatkan amalan ibadat kita agar kita mempunyai bekalan untuk dibawa ke kampung Akhirat esok, InsyaAllah........

selamat menyambut hari maulidur rasul dari MT & EXCO QSBINA 2011.

SEKIAN.....


DELEGASI UTM - UiTM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Persatuan QS-Bina UTM JB akan mengadakan program Delegasi ke UiTM Shah Alam, Selangor. Program ini merupakan usahasama di antara Persatuan QS-Bina UTM JB dengan Persatuan Ukur Bahan (PERUBAHAN) UiTM Shah Alam. Program ini merupakan program timbal balik terhadap lawatan UiTM ke UTM pada tahun 2009.

Tujuan program ini dianjurkan adalah untuk melahirkan Mahasiswa yang berideologi, berfikiran jauh dan mempunyai kemahiran self esteem yang tinggi apabila bergaul dengan Mahasiswa dari berlainan IPTA. Ini dapat dicapai dengan adanya program-program menarik yang telah dirancang seperti Seminar, aktiviti Sukan, dan Lawatan.

Butir-butir program secara ringkas adalah seperti yang berikut :


Program Delegasi ini adalah dibawah tanggungjawab Exco Akademik dan Kerjaya. Bagi menjayakan program ini, beberapa Sekretriat Program telah dilantik yang terdiri daripada Mahasiswa-Mahasiswa Sains Pembinaan dan Ukur Bahan. Setakat ini, segala urusan berjalan dengan lancar dengan kerjasama yang diberikan oleh mahasiswa UiTM Shah Alam.

Buat masa ini, sambutan Mahasiswa terhadap program ini amat menggalakkan. Diharap, program ini dapat berjalan dengan lancar dan jayanya nanti serta dapat memberi peluang dan ruang kepada Mahasiswa bertukar-tukar pendapat dan idea. Sama-samalah kita berdoa terhadap kejayaan Program Delegasi UTM - UiTM pada tahun 2011. InsyaAllah. Semoga ianya diberkati oleh Allah s.w.t. Amin.

Yang buruk datang dari kami, segala yang baik datang dari Allah s.w.t.


Kata-kata Aluan Presiden Persatuan QS-BINA

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera,


Yang pertama dan selama-lamanya,
          Setinggi-tinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Allah SWT atas limpahan rahmatNya yang tiada batasan.Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, kaum keluarga, para sahabat serta para penerus perjuangan baginda dalam membawa risalah Islam sehingga hari penghabisan.

       Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW menekankan kepada kita kepentingan pembacaan dan penulisan dalam menuntut dan menyampaikn ilmu.Maka sewajarnya kita mneghayati dan menjelmakan saranan ini melalui tindakan dan kesungguhan kita menuntut ilmu .

       Seringkali kita terlupa,dalam menuntut ilmu kita juga disarankan untuk sentiasa memperbaiki diri dan mempelajari kemahiran-kemahiran yang akan membantu mengukuhkan jati diri khususnya sebagai seorang Mahasiswa untuk mempersiapkan diri dalam menghadapi dunia bekerjaya kelak.Melalui medium persatuan ini juga para mahasiswa ukur bahan-pembinaan akan dapat mengenalpasti potensi dan  mencungkil bakat kepimpinan  untuk dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan wujudnya Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan dan Pembinaan ataupun ringkasnya Persatuan QS-BINA, banyak aktiviti-aktiviti yang telah dirancang dan dilakukan yang mana ianya banyak berteraskan nilai-nilai akademik dan kepimpinan, disamping mengasah  bakat para mahasiswa untuk bekerja dalam  1 kumpulan dalam usaha mencapai sesuatu sasaran yang mana telah didasarkan dalam objektif setiap program.

Dengan wujudnya laman Blog Persatuan QS- BINA ini, maka segala aktiviti yang dirancang dan yang telah dilaksanakan,juga maklumat-maklumat berkaitan akan di paparkan bagi tujuan pendedahan kepada semua  warga QS-BINA dan juga alumni. Kritik saran dan pandangan yang membina adalah amat dialu-alukan untuk sama-sama membantu mencapai objetif,visi dan misi persatuan.

          Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ILAHI dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam pembinaan laman Blog Persatuan QS-BINA ini.Semoga setiap exco persatuan akan berusaha keras dalam menggunakan setiap peluang yang ada di dalam universiti untuk mengumpul sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu yang bermanfaat dan meletakkan komitmen terhadap persatuan sebagai salah satu tanggung jawab yang perlu diambil sebagai salah seorang mahasiswa yang bernaung dibawah QS-BINA.

             Semoga usaha yang dilakukan dan dirancang akan mampu menatijahkan yang terbaik untuk semua warga QS-BINA.

Sekian .Terima kasih.




"Kerana Tuhan,Untuk Manusia"


MOHD HUSRIZAL B CHE HUSSIN
Presiden Persatuan QS- BINA 2011/2012

March 2011


      



ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA