![]() |
| [ SILA CLICK UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS ] |
Berikut merupakan ahli jawatankuasa baru bagi sesi 2011/2012 . Pelantikan telah dibuat pada 12 Januari 2010 atau lebih dikenali dengan nama AGM QS-Bina bertempat di Galeri Alam Bina . Dr. Saidin B. Misnan selaku panel penasihat persatuan, ahli-ahli jawatankuasa sesi 2010/2011 serta pelajar2 yang bakal dilantik bagi meneruskan perjuangan persatuan sebagai ahli jawatankuasa baru . Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan semua pihak seperti bepuas hati dengan hasil pelantikan ahli jawatankuasa yang baru .
Untuk pengetahuan anda pelantikan ahli jawatankuasa sesi 2011/2012 telah dilantik berdasarkan hasil daripada temuduga yang telah dibuat pada akhir semester lepas . Temuduga dilakukan sendiri oleh ahli jawatankuasa sesi 2010/2011 dan keputusannya, seramai 18 orang ahli jawatankuasa baru telah dilantik untuk meneraju pucuk pimpinan persatuan .
Pelbagai perancangan aktiviti telah dirangka bagi semester ini dan semester depan . Diharapkan semua ahli persatuan Qs-Bina dapat memberikan sokongan tidak kiralah sokongan dari segi moral, tenaga dan kewangan . Kami tidak meminta lebih daripada ahli persatuan, hanya lah sokongan berserta komitmen terhadap persatuan . Dengan adanya sokongan dan komitmen yang padu ini insyaallah aktiviti-aktiviti yang telah dirangka dan bakal dijalankan akan memberikan kepuasan terhadap semua pihak . Ini bukan sahaja dapat merapatkan lagi hubungan silaturrahim di antara pelajar malahan juga di antara pensyarah dan pelajar . Hal ini juga sekaligus akan menaikkan lagi nama Qs-Bina . Insyaallah kami akan menjalankan tugas kami sebaik mungkin . Ya, kami maklum bahawa kami tidak dapat untuk memenuhi hati semua pihak tetapi kami akan cuba untuk buat yang terbaik untuk anda dan persatuan . Kami cuma mengharapkan penglibatan ahli-ahli persatuan supaya lebih aktif dan menyertai setiap aktiviti-aktiviti yang bakal kami jalankan .
Segala perancangan aktiviti yang telah dirangka oleh ahli jawatankuasa akan kami update untuk entri yang akan datang . Segala kerjasama daripada ahli persatuan amatlah kami hargai . Branding kan semula nama Qs-Bina setaraf dengan persatuan-persatuan yang baik di luar sana .
Sekian, terima kasih .
words of the day :: BEKERJA BERSAMA KAMI . BUKAN BEKERJA UNTUK KAMI .

0 comments:
Post a Comment