AKRAB '11 : First Year Experience

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.

Bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, persatuan QS-Bina dapat menganjurkan satu lagi program tahunan pada tahun ini. Program yg dikenali sebagai "AKRAB'11" merupakan aktiviti wajib yang dianjurkan oleh persatuan ini. AKRAB '11 ialah satu program pengenalan kepada mahasiswa tahun 1 yang baru sahaja menjejak kaki ke alam Universiti dibawah kursus Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan. Program ini bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa tahun 1, 2 dan tahun 3. Ini bagi memastikan mahasiswa dibawah kursus Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan seling mengenali antara satu sama lain. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk mendedahkan mahasiswa tahun 1 mengenai alam Universiti. Sebagai contoh, perkongsian pengalaman mahasiswa tahun 2 & 3, boleh membuka mata mahasiswa tahun 1 tentang gaya hidup ketika berada di Universiti. Tujuan lain program ini diadakan adalah untuk membimbing mahasiswa tahun 1 dalam bidang akademik. Cara pembelajaran di Universtiti adalah jauh berbeza dari pembelajaran di sekolah mahupun di Matrikulasi. Fasilitator yang dilantik oleh pihat atasan Jabatan Ukur Bahan & Pembinaan boleh membantu mahasiswa tahun 1 dalam mengetahui cara pembelajaran yang berkesan. 
Dianggarkan seramai 47 ahli jawatankuasa termasuk fasilitator yang akan terlibat dalam program ini. Berikut merupakan butiran program :-
  • Tempat : Kem Kaizen, Gelang Patah, Johor
  • Tarikh : 16-18hb September 2011
  • Anjuran : Persatuan Qs-Bina & Hema, Utm

Kem Kaizen dipilih sebagai tempat perlaksaan program kerana menyediakan kemudahan dan infrastruktur yang lengkap untuk menjalankan setiap aktiviti yang akan diadakan semasa program dijalankan. Pelbagai Aktiviti telah dirancang dengan teliti bermula dari sesi 2010/2011 dan segala persiapan dijalankan secara berperingkat . Pengisian bagi setiap aktiviti yang dirancang adalah bersesuaian dengan objektif program iaitu :



a)    Mewujudkan hubungan sillaturrahim antara pelajar baru dan pelajar kanan serta pensyarah dan staf Fakulti Alam Bina.
b)    Memberi pendedahan dan maklumat kepada pelajar mengenai aspek pengurusan akademik serta kaedah-kaedah yang sesuai di dalam usaha meningkatkan tahap keputusan akademik pelajar tahun satu.
c)    Memberi pemahaman dan pengetahuan kepada pelajar baru mengenai kemahiran generik dan insaniah yang ingin diterapkan kepada setiap pelajar baru.

Setelah berkampung selama 3 hari 2 malam di Kem Kaizen, penat lelah, suka dan duka telah ditempuhi bersama. Semua ahli jawatankuasa program bersama-sama fasilitator-fasilitator telah bekerjasama dan memberikan komitmen yang baik sekali. Tidak lupa juga kepada pensyarah-pensyarah dan staf FAB yang sanggup hadir bagi menjayakan program ini . Semua aktiviti berlangsung dengan baik walaupun kadangkala terdapat halangan yang membataskan pergerakan aktiviti, tetapi segalanya berjalan dengan lancar.
Sedikit slot bagi kenangan bersama di sepanjang perjalanan program AKRAB '11. 

LDK 1 - Let Me Know @Dewan Merdeka KRP



Hari Pertama Kem Kaizen


Membina Jati diri dan ketahanan diri - Slot Provok . =(
KEMBARA ! menjelajah ke hutan .

menguji semangat berpasukan . apa yang penting ! KERJASAMA !

Enjoy the day ! bedak sejuk !

Habis basah kuyup semua . but it is really fun !

Gambate . gambate . go AKRAB ! gambate . gambate . go QS-Bina ! - HAKKA QS-BINA




Fasilitator & semua peserta enjoy !

AJK & Fasilitator juga turut sama 

Hangman !


AJK & Fasilitator AKRAB '11


AJK yang kepenatan 

KAMI ANAK QS-BINA !

Diharapkan apa yang telah dilalui selama 3 hari 2 malam ini akan sentiasa terpahat di ingatan peserta yang menyertai. Semoga sukses dalam pelajaran kalian. Tidak terlambat untuk kami dari pihak Qs-Bina mengucapkan SELAMAT DATANG ke UTM kepada pelajar tahun satu Ukur Bahan dan Sains Pembinaan. Jutaan terima kasih dari pihak kami kerana memberi kerjasama yang sangat baik sepanjang program berlangsung. Semoga perisian aktiviti kami memberi sedikit motivasi kepada adik-adik junior dalam mengharungi cabaran sebagai mahasiswa. Bukan hanya sekadar seorang mahasiswa, malahan juga seorang pemimpin. Salam sayang dari kami warga Exco Qs-Bina. Yang baik itu datangnya dari Allah . Yang buruk itu datangnya dari kami. Ampun dan maaf dipinta sekiranya selama program berlangsung kami ada mengasari adik-adik yang kami sayangi. 

p/s : lepas nie jangan lupa join kami lagi yea ! Gambate . gambate . go AKRAB ! gambate . gambate . go QS-Bina ! Assalammualaikum.


_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

ABOUT QS-BINA, UTM SKUDAI

Persatuan Mahasiswa Ukur Bahan - Pembinaan Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia merupakan sebuah persatuan yang menggabungkan dua kursus Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia,Johor Bahru iaitu progaram Ijazah Sarjana Muda Ukur Bahan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Pembinaan.

LOGO QS-BINA

LOGO QS-BINA